1.
DASAR
PEMILIHAN
Hasil dari perbincangan Dun Belia, beberapa dasar telah ditetapkan untuk
pemilihan.
Dasar-dasarnya adalah:
i.
1 Badan NGO Hanya
Layak Untuk 1 DUN
ii.
Tiada Diskriminasi
Jantina
iii.
Kuota
1.3.1 26 Kerusi Belia Melayu
1.3.2 4 Kerusi Belia India
1.3.3 4 Kerusi Belia Cina
1.3.4 2 Lain-Lain
iv.
Setiap Calon Yang
Bertanding Mestilah
1.4.1 Berpersatuan NGO
1.4.2 Ahli Berdaftar
1.4.3 Aktif
v.
Mendapat Sokongan
Dari Pertubuhan
2.
SYARAT ASAS PEMILIHAN
Setiap calon yang mahu
bertanding mestilah memenuhi syarat-syarat asas yang telah di tetapkan :
- Warganegara Malaysia dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 10 tahun.
- Had umur 18-40 tahun semasa permohonan.
- Fasih berbahasa Melayu (kredit diberikan kepada yang pandai berbahasa lebih daripada satu contohnya mandarin, tamil.
- Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah (walaupun dia menjadi orang baik, menjadi adun yang bersih
- Menggunakan alamat dalam kad pengenalan
- Mendapat pencalonan daripada kelompok profesional dan kumpulan yang diwakili
- Perlu mendapat sokongan daripada Persatuan yang diwakili , Penyelaras Belia Dun, Pengerusi Majlis Belia Daerah, Jawatan Kuasa Pemilihan dan atau Persatuan Belia Yang Berdaftar
- Mengetahui sejarah di Negeri Sembilan, adat perpatih dan kepelbagian budaya (culture competence) semasa menilai temuduga
- Bukti penglibatan dalam segala program yang melibatkan warga belia
- Tidak muflis
3.
SYARAT KHAS PEMILIHAN
Setiap calon juga mestilah
memenuhi syarat khas pemilihan yang telah ditetapkan:
- Majlis Belia Daerah Mempunyai Kuasa Untuk Melantik Calon
- Setiap Calon Mestilah Mendapat “Endorsement”, daripada Sekretariat Belia, Pengerusi Majlis Belia Daerah dan/atau Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan
- Jawatankuasa Pra-Pemilihan Berkuasa Penuh Untuk Menentukan Calon Yang Akan Diketuai Oleh Badan Profesional. Keputusan Adalah Muktamad
- Jika Ada Penyalahgunaan Kuasa, Keputusan Akhir Adalah Di Dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pelaksana.
No comments:
Post a Comment