Objektif dan Fungsi

  1. Menyediakan platform pertemuan yang sah dan kekal bagi para belia di peringkat akar umbi menyatakan suara, idea dan pandangan kreatif dan inovatif mereka yang melibatkan kepentingan dan kehendak semasa generasi muda agar disalurkan kepada pihak yang sepatutnya.
  2. Meningkatkan partisipasi dan proses membuat keputusan serta penyelesaian permasalahan para belia.
  3. Memberikan peluang dan ruang yang luas untuk para belia memberikan sumbangan dari pelbagai segi dan sisi dalam aspek pembangunan belia khususnya dan negeri amnya.
  4. Menghakupayakan para belia untuk merangka undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan generasi muda untuk diangkat dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk diluluskan dan diterima pakai.
  5. Melahirkan dan mengasah bakat-bakat baru kepimpinan negeri sebagai pelapis yang bersedia menggantikan tampuk kepimpinan negeri dan pelbagai peringkat pada bila-bila masa.
  6. Mendidik para belia berkenaan soal kenegaraan dan proses membuat undang-undang serta memupuk semangat patriotisme untuk berbakti kepada Negeri.
  7. Melibatkan penyertaan golongan muda dan belia yang berada diluar pertubuhan belia dan mewakili pelbagai latarbelakang yang menyeluruh dan rencam mengikut sektor-sektor yang berimpak tinggi kepada negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment