Jawatankuasa Khas Pra-Pemilihan

Jawatankuasa khas pra-pemilihan diwujudkan bagi membuat saringan dan menapis calon-calon yang bakal bertanding dalam Dun Belia. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh badan bebas yang professional bagi memastikan ketelusan pemilihan calon dan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan Ahli Dun Belia.

Jawatankuasa Khas Pemilihan ini akan dipengerusikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Belia dan ahlinya adalah terdiri daripada Presiden atau Wakil dari Majlis Belia Negeri Negeri, Pengarah atau Wakil dari Sekretariat Belia Negeri Sembilan, dan juga Pengarah atau Wakil dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan.

Bidang tugas utama bagi Jawatankuasa Khas Pra- Pemilihan ini adalah untuk membuat saringan kelayakan bagi semua permohonan calon yang akan bertanding sebelum menyenarai pendek calon yang bakal bertanding.

 

No comments:

Post a Comment