Unit Pengurusan Dan Pentadbiran





     1.   BIDANG TUGAS

             Bidang tugas bagi unit pengurusan dan pentadbiran  
             melibatkan semua hal ehwal pentadbiran dan
             pengurusan Dun Belia yang melibatkan kewangan,
             logistik pentadbiran sumber manusia dan lain-lain tugas
             yang dirasakan perlu untuk memastikan kelancaran    
             pengurusan dan pentadbiran Dun Belia Negeri, Negeri Sembilan


      2.   CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN 
           DAN PENTADBIRAN


          


     Carta Oganisasi Jawatankuasa Unit Pengurusan Dan Pentadbiran



    3.   LOGISTIK

     Bidang tugas utama bagi bahagian ini adalah:-

i.      Memastikan keperluan logistik dan pendokumentasian
Dun Belia adalah sempurna.
ii.    Bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan
kemudahan logistik yang dicadangkan untuk perjalanan
sebelum, semasa serta selepas Dun Belia dan Persidangan
Dun Belia adalah berada dalam keadaan baik dan sempurna.
iii.   Memastikan perlaksanaan keseluruhan Dun Belia berjalan
dengan baik
iv.   Mencadangkan keperluan-keperluan logistik yang
dirasakan perlu untuk kelancaran perjalanan Dun Belia

    4.    PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

      Bidang tugas utama bagi bahagian pentadbiran sumber manusia 
      ialah :-

                  i.    Mengurus keseluruhan hal ehwal Pengurusan dan Pentadbiran
             Dun Belia
                ii.    Memastikan dan memantau keseluruhan perjalanan dan
             perlaksanaan Dun Belia adalah sentiasa berjalan dalam 
             keadaan baik dan sempurna
               iii.    Menyediakan Kertas Kerja Perjawatan Sumber Manusia bagi
              tujuan pelantikan staff jika dirasakan perlu
               iv.    Memastikan dan menyediakan segala pendokumentasian
             Dun Belia
                v.    Menjaga semua hal ehwal Ahli Dun Belia, Speaker,
             Timbalan Speaker, Bentara, Staff dan lain-lain
               vi.    Menguruskan Lawatan-lawatan dan Kursus-kursus untuk
              Ahli Dun Belia jika dirasakan perlu
              vii.    Memastikan kemudahan-kemudahan yang dicadangkan
              untuk Ahli Dun Belia adalah sempurna dan lancar

No comments:

Post a Comment